Tandas di rumah kita mungkin menjadi salah satu tempat yang paling sering digunakan di dalam rumah. Adakah anda mengalami masalah tandas berbau? Jom kita cuba tip praktikal yang akan kami kongsikan ini. Lepas ini, anda tidak lagi perlu mencuba pelbagai cara untuk menjadikan bilik air anda kekal segar dan berbau harum. Langkah praktikal ini sememangnya mudah anda untuk cuba di rumah. Anda hanya memerlukan satu ubat gigi. Itu sahaja! Mari kita lihat caranya.
Cara mengharumkan bilik air di rumah

Advertisements
Kalau anda pergi ke pasaraya, mesti anda dapat melihat pelbagai pilihan produk yang boleh membantu anda mengharumkan bilik mandi di rumah anda. Harganya pula boleh tahan. Sekali dua membeli, masih boleh tahan. Namun, mungkin ia agak membebankan bagi kita yang sedang berjimat dan mahu mencari cara DIY untuk mengharumkan tandas rumah. Nah, anda tidak perlu gusar lagi. Kami akan kongsikan dengan anda cara mudah dan praktikal untuk membuatkan tandas anda kekal berbau wangi, tidak hapak dan hancing.
Sponsored Links
Idea DIY murah dan mudah untuk mewangikan tandas

Anda tidak perlu lagi membeli barangan pewangi di kedai. Kebanyakannya tidak berfungsi dengan baik, tidak tahan lama atau produk yang diingini mungkin sangat mahal untuk hanya digunakan di tandas. Jangan risau! Biar saya beritahu anda satu helah hebat yang akan membantu anda menyelesaikan masalah ini dengan cara yang mudah dan murah. Jika anda mahu bilik mandi anda berbau harum setiap kali selepas anda menggunanya, idea DIY ini sesuai untuk anda. Mari lihat halaman seterusnya untuk mengetahui langkah tersebut!
Guna ubat gigi untuk mewangikan tandas rumah

- Pertama, beli ubat gigi wangi yang paling murah di pasar raya. Anda tidak perlu membeli sesuatu yang mahal kerana kita tidak akan menggunakannya pada gigi kita.
- Cucuk 15-20 lubang pada ubat gigi dengan pin yang tajam.
- Picit sedikit ubat gigi dan biarkan ia keluar sedikit dari lubang yang telah anda cucuk.
- Kemudian, rendamkan ubat gigi secara keseluruhan ke dalam tangki mangkuk tandas.
- Tunggu beberapa minit dan kemudian flush atau siram airnya. Anda akan dapati bilik mandi anda akan berbau segar!
Cara menyegarkan bau di bilik mandi – mari cuba!

Sponsored Links
Jangka hayat ubat gigi ini bergantung pada kekerapan penggunaan tandas anda, tetapi jangan risau, ia masih akan bertahan lama. Ianya cuba mudah untuk dicuba sendiri di rumah. Lagi best, ia tidak menelan belanja yang besar. Jadi, apa lagi? Mari cuba cara untuk mewangikan bilik mandi di rumah anda. Saya harap petua yang kami kongsikan ini berguna kepada anda. Jangan lupa untuk kongsikan dengan kami keberkesanan langkah ini selepas anda mencubanya di rumah. Selamat mencuba!
Komen